Ahad, 14 Ogos 2011

Imam sudah di sini..

Minggu suai kenal antara aku dengan imam baru je masuk hari ke tujuh. Sibuk. Aku terlalu ingin mengemaskini perkembangannya setiap hari. Setelah dia kini berada dalam dakapanku. Maaf, aku terlalu sibuk, hinggakan tiada masa langsung nak berblogging.. nak rehat pun cukup-cukup nafas je..

Aku pernah menulis di sini, Imam satu-satunya buah hati kami itu telah dua bulan ditinggalkan di kampung di bawah jagaan kedua orang tuaku atas sebab kekangan kerja aku.. dan suami pula menetap di tempat lain..

Minggu lepas, ummi terkejut bila aku menyatakan hasrat mahu mengambil Imam. Katanya patut dibiarkan sehingga selepas Raya Aidilfitri ini baru ambil. Memikirkan tempoh agak lama, aku pula semakin tidak keruan, aku bertekad juga mahu mengambilnya kembali. Bayangkan lah.. hati ibu mana yang tidak tersentuh bila anak yang dikandung sendiri berpaling muka dari ibunya? Imam semakin bijak..mula mengenali wajah-wajah yang sentiasa hampir dengannya. Oleh kerana aku agak lama membiarkan dia di kampung, akibatnya.. dia tidak sudi duduk di atas pangkuanku-ibunya...

Kuatkan semangat, isnin lepas bermula lah perjalanan aku menjadi 'ibu tunggal' menjaga Imam.. selepas sahur menyiapkan bubur nasi untuk dibekalkan kepada pengasuh, kemudian terkocoh-kocoh menyiapkan diri sendiri sebelum Imam bangun dari tidur. Bekalan susu, lampin, kain baju.. semua yang perlu ditinggalkan di rumah pengasuh sudah disiapkan malam sebelum lagi.. Aduh.. Sebelum pukul 8 pagi harus berada di pejabat. Memang sibuk. Petang pula, mana nak beli juadah berbuka lagi.. nak menjemput Imam lagi.. Kuatkan semangat!

Begitulah rutin dalam seminggu ni.. Pada awalnya Imam seolah-olah bingung.. wajahnya seperti 'kehilangan'.. Ditatapnya wajah aku ni seolah-olah mencari di mana wajah 'opah'nya..Pilu. Sedih.
Subuh selasa itu, ku khabarkan kepada ummi, Imam demam..panas badannya.. dia rindukan opah.. Aku tak sedar ntah bila air mata mula bertakung di dalam kelopak mata waktu itu..Ummi meminta aku mengambil sedikit masa lagi.. andaikata Imam tak serasi di sana, minta hantarkan kembali ke kampung...sampai bila kah?

Alhamdulillah Imam menunjukkan perkembangan positif setelah hari ketiga.. hinggalah sudah seminggu kami bersama.. Peritnya bila berpisah dengan permata hatiku yang satu ini.. Mummy taknak berpisah dengan Imam lagi tau!.. jangan lupakan Mummy nak..

Khamis, 4 Ogos 2011

cuti rehat

Aku bercuti hari ni.. (apa la hari kamis cuti..), sengaja. Nak melepak kat Kajang, menatap wajah shomel tok laki sendiri..haha..Sebenarnya selepas sahur pagi tadi aku turutkan sangat rasa mengantuk, tu sebab sambung tidur.. tak jadi lah nak travel balik ke Tanjong Malim semula.. oh, aku lupa nak bagi tahu, aku sebenarnya ada dua rumah.. kadang-kadang aku ulang-alik je Kajang-Tg Malim, tapi selalunya aku duduk je kat Tg Malim, menyewa dengan kawan-kawan bujang, Az dan Erni. Sorang orang Muar, sorang lagi orang Ipoh. Diorang jarang balik kampung, tu yang segan nak bawak suami bermalam kat sana.

Aku suka jugak kalau boleh menetap serumah macam keluarga lain. Tapi, kadang-kadang berjumpa pun ada nikmatnya juga. Selalu kalau aku balik selang sehari, suami layan biasa-biasa je.. tapi kalau seminggu tu tak berjumpa, lain tau.. hehe.. Cuma, aku berharap, lepas raya ni kami boleh hidup berkeluarga macam orang lain la.. mungkin aku nak apply rumah, lepas tu si suami boleh cari kerja terdekat la pulak...

insya Allah boleh!

Selasa, 2 Ogos 2011

anak mummy - imam balik sini!

Lepas kelas tengahari tadi, aku jumpa kejap Kak Ina kat Behrang, nak minta dia babysitter kan imam start minggu depan. Imam ni sekarang dah 2 bulan kat kampung. Kejap kat Taiping, kejap kat Kuala Kangsar.. Mula keja dulu aku kena pegi kursus pulak seminggu. Tu yang start hantar imam kat kampung. Lepas tu, banyak kali tangguh nak ambik imam..yang terbaru dia kena demam campak pulak. Kensel lagi nak amik dia..Risau la, lama-lama imam lupa pulak kat mummy dia ni.. ish..ish.. anak mummy....

Mujur lah Kak Ina setuju. Dia sekarang ni tengah jaga cucunya. Nampaknya imam ada kawan lah nanti.. Sekarang ni kena plan nak pindahkan imam ke sini. Bilik imam nak kena disiapkan. Beg, baju, kelengkapan  nak tidur lagi.. Hmm.. Nak balik Kajang la malam ni, boleh berbuka sana terus. Esok nak siap-siapkan barang-barang imam. Mungkin esok aku nak ambik cuti sehari..

Imam... imam.. rindu dia sangat-sangat!

Isnin, 1 Ogos 2011

Menjelang Ramadhan (mengimbas kenangan)

Tahun lepas, aku berpuasa sebagai wanita mengandung. Anak sulung pulak. Peristiwa yang jadi ingatan kekal sampai kini ialah aku mengidamkan aiskrim. Bukan aiskrim biasa dijual di kedai. Ini aiskrim yang dibuat sendiri seorang pakcik yang tinggal di Setapak. Pakcik ni biasa meniaga aiskrim ni. Bagi aku rasanya unik (bancuhan dia lain sikit.. aiskrimnya nampak serupa macam aiskrim kon yang lain)


Lebih kurang macam gambar di atas (from google image), nampak comot-comot sikit. Semasa majlis kawan aku Farah, dia order dari pakcik ni aiskrim untuk diagih-agihkan kepada tetamu. Time tu, aku fikir, lapar nasi, so.. tangguh la nak beratur aiskrim tu.. sampai la dah balik, dah lepas asar.. tup-tup teringin yang amat pulak nak makan aiskrim pakcik tu...terlambat. Kenduri pun dah tamat. Pakcik aiskrim dah balik rumah dia pun.. Rumah kami di Kajang, aku bekerja di Tg Malim, jadi bila la ada masa nak pegi Setapak mencari aiskrim ni?(aku menanggung sengsara kerinduan macam kempunan sangat nak makan aiskrim ni selama hampir 3 bulan..)

Setiap kali nak bukak cerita pasal aiskrim ni, aku akan meleleh2 air mata.. sampai sedu-sedan pulak tu menangis. Hiba sangat selagi tak merasa aiskrim ni.. Aha, baru la aku tau hebatnya penangan kalau mengidam ni.. memang bukan main-main tau! Mujur atas usaha kawan tu jugak (Farah), dia berjaya dapatkan aiskrim ni bila pakcik ni sedekah sempena sambutan Ramadhan di surau. dengan tak malunya dia tapaukan satu bekas untuk aku.. yey! mujur la aiskrim je.. kalau ngidam lain.. tatau la...

Imam lak, sampai umur dia 6 bulan baru la air liurnya berhenti meleleh..setiap kali berjumpa orang baru ke.. melihat comot baju imam yang lencun dengan air liurnya, soalan yang sering ditanya kat aku ialah " apa la yang maknye ngidam dulu tak dapat..." hehe.. sebenarnya yang diidamkan tu dapat.. tapi terpaksa tunggu sampai 3 bulan menanggung sengsara..

Jadi, menjelang Ramadhan tahun ni, aku tetiba teringat balik peristiwa tu.. peristiwa aiskrim Ramadhan..
inilah yang dikatakan "apa yang diidamkan menjadi kenyataan".. alhamdulillah.. syukur!

Ni gambar latest Imam (10 bulan dah) sempena Ramadhan..

Sabtu, 30 Julai 2011

baca doa naik kenderaan...

Dah pukul 7.15malam, aku masih sangkut lagi kat jalan istana (aku dari Tg Malim nak menuju ke Kajang),biasanya waktu macam ni aku dah selamat sampai dah. Mungkin orang ramai amik peluang bercuti ke kampung untuk sambut Ramadhan ni, jalan sesak teruk. Terpaksa call suami, "abang, kita jumpa kat Cheras je la..", actually itu rumah kami. Adik kedua menetap di situ ngan famili dia. Kurang-kurang, ada orang duduk rumah tu. Nak tunggu kami suami isteri pindah bersama, ntah bila la nak sampai rezeki kami..Tapi doa kami tidak putus, insyaAllah masanya akan sampai jua..

Selesai maghrib, suami sampai Cheras, kami berangkat pulang ke Kajang, rumah kedua kami. Selalu ikut jalan biasa Cheras-Bangi/Putrajaya tu je, tapi mungkin dah lewat malam (singgah mamak Marhabah sekejap), suami aku ikut Highway Balakong-Semenyih/Kajang pulak..

Srettt...srettt.. kedebab..kedebab..kedebab..kedebab.. (bunyik tayar daa..), pull over tepi jalan. Aku dah suspens ni. Maklum la highway ni dah la sunyi sepi. Lewat malam pulak. Suami turun kereta, nak check. Laa.. tayar kereta dah flat. Adui. Tak perasan lak aku selama ni tayar dah kurang angin ke..

Alhamdulillah, tak lama je..15minit lepas tukar tayar ganti sementara, cepat-cepat kami exit nak cari petronas, isi angin. Bukan la seram ke ape.. dah lewat malam ni, kang kut jadi insiden seperti rompakan ke, tak ke naya..baik cegah sebelum rawat..

Sepanjang pengalaman aku (alhamdulillah syukur!), setiap kali berlakunya kereta rosak ke, tayar pancit ke, apa masalah kereta, aku tak pernah bersendirian. Syukur sangat2.. aku ni travel awal-awal pagi sebelum subuh.. jauh-jauh lak tu. KL-Tg Malim. kadang-kadang ikut jalan lama. Pernah ikut Ulu Yam tu.. sorang-sorang pulak. Mujur tak pernah hadapi sorang-sorang bila musibah kereta. Petua Mak Uda aku pernah bagi, ialah setiap kali naik je kenderaan, mesti.wajib.baca doa naik kenderaan.

Pengalaman aku sendiri, time tu dah tengah-tengah perjalanan pun, tiba-tiba baru teringat nak baca doa.. Alhamdulillah, kereta kami nyaris je bergesel dengan treller.. (masa ni kami bertiga baru je abiskan diploma, nak bercuti ke Pantai Timur), kami baca kuat-kuat doa tu.. sebab masa tu aku nak mengajar dua lagi kawan cara baca, betul-betul lepas abis doa di baca, treller tu elak kami. Fuh.. seram kalau ingat. Kawan aku, Ila, terus sampai sekarang hafal doa tu..

Banyak lagi kejadian. Contohnya, tiba-tiba hati tu terdetik nak berehat di R & R, sedangkan selalunya perjalanan tu diteruskan saja.. tapi hari tu rasa nak berhenti sekejap. Rupa-rupanya Allah beri ilham tu ada hikmahnya.. berlaku kemalangan maut ditempat laluan aku saban minggu pada jam kebiasaan aku lalu.. sebuah kereta bertembung dengan seekor lembu sesat di tengah highway (rawang; dalam pukul 6.45am).. juga kejadian kemalangan maut sebelum di exit Behrang pada pukul 7am, di mana aku secara kebetulannya menggunakan exit Tg Malim pula hari itu..(kadang-kadang Behrang la aku guna sebagai exit..)

semua tu kejadian yang kebetulan atau memang hikmah.. wallahu'alam. Sama-sama aku nak berkongsi, semoga ada manfaatnya untuk kita semua. InsyaAllah..
 sumber rujukan : dakwah Islam

Jumaat, 29 Julai 2011

kenapa aku nak menulis?

Saja. Takde sebab pun. Kebetulan hari ni rehat petang jumaat agak lama. Aku malas nak balik rumah (tadi ada jamuan sempena nak sambut Ramadhan), jadi terus saja lepak di office. Kalau balik, biasanya aku masak lah di rumah. Makan tengahari. Dah alang-alang kenyang makan free tadi, tak jadi lah balik.

Godek-godek komputer, tetiba rasa nak berblog pulak. Hehe.. dulu pernah menulis dah pun.. time tu just nak update pengalaman mengandungkan Imam, supaya ada kenangan tu nak dibaca balik..(eh, blog ni akan kekal ke eh? tak hilang ke dalam tempoh beberapa tahun?-itu aku tatau la..just masa tu nak share story mengandung je..)

Lepas tu lama tak berblogging.. cuma layan FB pulak.. baca update kawan-kawan kat situ. Sekarang ni, gian pulak nak menulis. Nak luahkan perasaan je la..nak menghasut ke, nak mengumpat ke.. aku selit sikit-sikit je.. mengarut ikut pemikiran aku je la..kui..kui.. (hasut buat baik je la..)

Dalam story aku akan datang ni, aku nak ceritakan perihal aku, kerjaya aku, anak aku, keluarga aku la..kalau sudi baca, baca saja lah.. yang baik buat teladan, yang buruk jadi sempadan.. aku hanya menulis ikut mood semasa aku je.. kalau sehari rajin nak update sampai 5-6 entri... layan je la.... kalau tak..seminggu tu langsung takde...

ok.. aku nak tumpang rest tengahari ni.. petang ni takde kelas..(aku mengajar IPTA.. *dirahsiakan)

start the blog..

(pic from google )