Ahad, 14 Ogos 2011

Imam sudah di sini..

Minggu suai kenal antara aku dengan imam baru je masuk hari ke tujuh. Sibuk. Aku terlalu ingin mengemaskini perkembangannya setiap hari. Setelah dia kini berada dalam dakapanku. Maaf, aku terlalu sibuk, hinggakan tiada masa langsung nak berblogging.. nak rehat pun cukup-cukup nafas je..

Aku pernah menulis di sini, Imam satu-satunya buah hati kami itu telah dua bulan ditinggalkan di kampung di bawah jagaan kedua orang tuaku atas sebab kekangan kerja aku.. dan suami pula menetap di tempat lain..

Minggu lepas, ummi terkejut bila aku menyatakan hasrat mahu mengambil Imam. Katanya patut dibiarkan sehingga selepas Raya Aidilfitri ini baru ambil. Memikirkan tempoh agak lama, aku pula semakin tidak keruan, aku bertekad juga mahu mengambilnya kembali. Bayangkan lah.. hati ibu mana yang tidak tersentuh bila anak yang dikandung sendiri berpaling muka dari ibunya? Imam semakin bijak..mula mengenali wajah-wajah yang sentiasa hampir dengannya. Oleh kerana aku agak lama membiarkan dia di kampung, akibatnya.. dia tidak sudi duduk di atas pangkuanku-ibunya...

Kuatkan semangat, isnin lepas bermula lah perjalanan aku menjadi 'ibu tunggal' menjaga Imam.. selepas sahur menyiapkan bubur nasi untuk dibekalkan kepada pengasuh, kemudian terkocoh-kocoh menyiapkan diri sendiri sebelum Imam bangun dari tidur. Bekalan susu, lampin, kain baju.. semua yang perlu ditinggalkan di rumah pengasuh sudah disiapkan malam sebelum lagi.. Aduh.. Sebelum pukul 8 pagi harus berada di pejabat. Memang sibuk. Petang pula, mana nak beli juadah berbuka lagi.. nak menjemput Imam lagi.. Kuatkan semangat!

Begitulah rutin dalam seminggu ni.. Pada awalnya Imam seolah-olah bingung.. wajahnya seperti 'kehilangan'.. Ditatapnya wajah aku ni seolah-olah mencari di mana wajah 'opah'nya..Pilu. Sedih.
Subuh selasa itu, ku khabarkan kepada ummi, Imam demam..panas badannya.. dia rindukan opah.. Aku tak sedar ntah bila air mata mula bertakung di dalam kelopak mata waktu itu..Ummi meminta aku mengambil sedikit masa lagi.. andaikata Imam tak serasi di sana, minta hantarkan kembali ke kampung...sampai bila kah?

Alhamdulillah Imam menunjukkan perkembangan positif setelah hari ketiga.. hinggalah sudah seminggu kami bersama.. Peritnya bila berpisah dengan permata hatiku yang satu ini.. Mummy taknak berpisah dengan Imam lagi tau!.. jangan lupakan Mummy nak..

Khamis, 4 Ogos 2011

cuti rehat

Aku bercuti hari ni.. (apa la hari kamis cuti..), sengaja. Nak melepak kat Kajang, menatap wajah shomel tok laki sendiri..haha..Sebenarnya selepas sahur pagi tadi aku turutkan sangat rasa mengantuk, tu sebab sambung tidur.. tak jadi lah nak travel balik ke Tanjong Malim semula.. oh, aku lupa nak bagi tahu, aku sebenarnya ada dua rumah.. kadang-kadang aku ulang-alik je Kajang-Tg Malim, tapi selalunya aku duduk je kat Tg Malim, menyewa dengan kawan-kawan bujang, Az dan Erni. Sorang orang Muar, sorang lagi orang Ipoh. Diorang jarang balik kampung, tu yang segan nak bawak suami bermalam kat sana.

Aku suka jugak kalau boleh menetap serumah macam keluarga lain. Tapi, kadang-kadang berjumpa pun ada nikmatnya juga. Selalu kalau aku balik selang sehari, suami layan biasa-biasa je.. tapi kalau seminggu tu tak berjumpa, lain tau.. hehe.. Cuma, aku berharap, lepas raya ni kami boleh hidup berkeluarga macam orang lain la.. mungkin aku nak apply rumah, lepas tu si suami boleh cari kerja terdekat la pulak...

insya Allah boleh!

Selasa, 2 Ogos 2011

anak mummy - imam balik sini!

Lepas kelas tengahari tadi, aku jumpa kejap Kak Ina kat Behrang, nak minta dia babysitter kan imam start minggu depan. Imam ni sekarang dah 2 bulan kat kampung. Kejap kat Taiping, kejap kat Kuala Kangsar.. Mula keja dulu aku kena pegi kursus pulak seminggu. Tu yang start hantar imam kat kampung. Lepas tu, banyak kali tangguh nak ambik imam..yang terbaru dia kena demam campak pulak. Kensel lagi nak amik dia..Risau la, lama-lama imam lupa pulak kat mummy dia ni.. ish..ish.. anak mummy....

Mujur lah Kak Ina setuju. Dia sekarang ni tengah jaga cucunya. Nampaknya imam ada kawan lah nanti.. Sekarang ni kena plan nak pindahkan imam ke sini. Bilik imam nak kena disiapkan. Beg, baju, kelengkapan  nak tidur lagi.. Hmm.. Nak balik Kajang la malam ni, boleh berbuka sana terus. Esok nak siap-siapkan barang-barang imam. Mungkin esok aku nak ambik cuti sehari..

Imam... imam.. rindu dia sangat-sangat!

Isnin, 1 Ogos 2011

Menjelang Ramadhan (mengimbas kenangan)

Tahun lepas, aku berpuasa sebagai wanita mengandung. Anak sulung pulak. Peristiwa yang jadi ingatan kekal sampai kini ialah aku mengidamkan aiskrim. Bukan aiskrim biasa dijual di kedai. Ini aiskrim yang dibuat sendiri seorang pakcik yang tinggal di Setapak. Pakcik ni biasa meniaga aiskrim ni. Bagi aku rasanya unik (bancuhan dia lain sikit.. aiskrimnya nampak serupa macam aiskrim kon yang lain)


Lebih kurang macam gambar di atas (from google image), nampak comot-comot sikit. Semasa majlis kawan aku Farah, dia order dari pakcik ni aiskrim untuk diagih-agihkan kepada tetamu. Time tu, aku fikir, lapar nasi, so.. tangguh la nak beratur aiskrim tu.. sampai la dah balik, dah lepas asar.. tup-tup teringin yang amat pulak nak makan aiskrim pakcik tu...terlambat. Kenduri pun dah tamat. Pakcik aiskrim dah balik rumah dia pun.. Rumah kami di Kajang, aku bekerja di Tg Malim, jadi bila la ada masa nak pegi Setapak mencari aiskrim ni?(aku menanggung sengsara kerinduan macam kempunan sangat nak makan aiskrim ni selama hampir 3 bulan..)

Setiap kali nak bukak cerita pasal aiskrim ni, aku akan meleleh2 air mata.. sampai sedu-sedan pulak tu menangis. Hiba sangat selagi tak merasa aiskrim ni.. Aha, baru la aku tau hebatnya penangan kalau mengidam ni.. memang bukan main-main tau! Mujur atas usaha kawan tu jugak (Farah), dia berjaya dapatkan aiskrim ni bila pakcik ni sedekah sempena sambutan Ramadhan di surau. dengan tak malunya dia tapaukan satu bekas untuk aku.. yey! mujur la aiskrim je.. kalau ngidam lain.. tatau la...

Imam lak, sampai umur dia 6 bulan baru la air liurnya berhenti meleleh..setiap kali berjumpa orang baru ke.. melihat comot baju imam yang lencun dengan air liurnya, soalan yang sering ditanya kat aku ialah " apa la yang maknye ngidam dulu tak dapat..." hehe.. sebenarnya yang diidamkan tu dapat.. tapi terpaksa tunggu sampai 3 bulan menanggung sengsara..

Jadi, menjelang Ramadhan tahun ni, aku tetiba teringat balik peristiwa tu.. peristiwa aiskrim Ramadhan..
inilah yang dikatakan "apa yang diidamkan menjadi kenyataan".. alhamdulillah.. syukur!

Ni gambar latest Imam (10 bulan dah) sempena Ramadhan..