Ahad, 14 Ogos 2011

Imam sudah di sini..

Minggu suai kenal antara aku dengan imam baru je masuk hari ke tujuh. Sibuk. Aku terlalu ingin mengemaskini perkembangannya setiap hari. Setelah dia kini berada dalam dakapanku. Maaf, aku terlalu sibuk, hinggakan tiada masa langsung nak berblogging.. nak rehat pun cukup-cukup nafas je..

Aku pernah menulis di sini, Imam satu-satunya buah hati kami itu telah dua bulan ditinggalkan di kampung di bawah jagaan kedua orang tuaku atas sebab kekangan kerja aku.. dan suami pula menetap di tempat lain..

Minggu lepas, ummi terkejut bila aku menyatakan hasrat mahu mengambil Imam. Katanya patut dibiarkan sehingga selepas Raya Aidilfitri ini baru ambil. Memikirkan tempoh agak lama, aku pula semakin tidak keruan, aku bertekad juga mahu mengambilnya kembali. Bayangkan lah.. hati ibu mana yang tidak tersentuh bila anak yang dikandung sendiri berpaling muka dari ibunya? Imam semakin bijak..mula mengenali wajah-wajah yang sentiasa hampir dengannya. Oleh kerana aku agak lama membiarkan dia di kampung, akibatnya.. dia tidak sudi duduk di atas pangkuanku-ibunya...

Kuatkan semangat, isnin lepas bermula lah perjalanan aku menjadi 'ibu tunggal' menjaga Imam.. selepas sahur menyiapkan bubur nasi untuk dibekalkan kepada pengasuh, kemudian terkocoh-kocoh menyiapkan diri sendiri sebelum Imam bangun dari tidur. Bekalan susu, lampin, kain baju.. semua yang perlu ditinggalkan di rumah pengasuh sudah disiapkan malam sebelum lagi.. Aduh.. Sebelum pukul 8 pagi harus berada di pejabat. Memang sibuk. Petang pula, mana nak beli juadah berbuka lagi.. nak menjemput Imam lagi.. Kuatkan semangat!

Begitulah rutin dalam seminggu ni.. Pada awalnya Imam seolah-olah bingung.. wajahnya seperti 'kehilangan'.. Ditatapnya wajah aku ni seolah-olah mencari di mana wajah 'opah'nya..Pilu. Sedih.
Subuh selasa itu, ku khabarkan kepada ummi, Imam demam..panas badannya.. dia rindukan opah.. Aku tak sedar ntah bila air mata mula bertakung di dalam kelopak mata waktu itu..Ummi meminta aku mengambil sedikit masa lagi.. andaikata Imam tak serasi di sana, minta hantarkan kembali ke kampung...sampai bila kah?

Alhamdulillah Imam menunjukkan perkembangan positif setelah hari ketiga.. hinggalah sudah seminggu kami bersama.. Peritnya bila berpisah dengan permata hatiku yang satu ini.. Mummy taknak berpisah dengan Imam lagi tau!.. jangan lupakan Mummy nak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan