Sabtu, 30 Julai 2011

baca doa naik kenderaan...

Dah pukul 7.15malam, aku masih sangkut lagi kat jalan istana (aku dari Tg Malim nak menuju ke Kajang),biasanya waktu macam ni aku dah selamat sampai dah. Mungkin orang ramai amik peluang bercuti ke kampung untuk sambut Ramadhan ni, jalan sesak teruk. Terpaksa call suami, "abang, kita jumpa kat Cheras je la..", actually itu rumah kami. Adik kedua menetap di situ ngan famili dia. Kurang-kurang, ada orang duduk rumah tu. Nak tunggu kami suami isteri pindah bersama, ntah bila la nak sampai rezeki kami..Tapi doa kami tidak putus, insyaAllah masanya akan sampai jua..

Selesai maghrib, suami sampai Cheras, kami berangkat pulang ke Kajang, rumah kedua kami. Selalu ikut jalan biasa Cheras-Bangi/Putrajaya tu je, tapi mungkin dah lewat malam (singgah mamak Marhabah sekejap), suami aku ikut Highway Balakong-Semenyih/Kajang pulak..

Srettt...srettt.. kedebab..kedebab..kedebab..kedebab.. (bunyik tayar daa..), pull over tepi jalan. Aku dah suspens ni. Maklum la highway ni dah la sunyi sepi. Lewat malam pulak. Suami turun kereta, nak check. Laa.. tayar kereta dah flat. Adui. Tak perasan lak aku selama ni tayar dah kurang angin ke..

Alhamdulillah, tak lama je..15minit lepas tukar tayar ganti sementara, cepat-cepat kami exit nak cari petronas, isi angin. Bukan la seram ke ape.. dah lewat malam ni, kang kut jadi insiden seperti rompakan ke, tak ke naya..baik cegah sebelum rawat..

Sepanjang pengalaman aku (alhamdulillah syukur!), setiap kali berlakunya kereta rosak ke, tayar pancit ke, apa masalah kereta, aku tak pernah bersendirian. Syukur sangat2.. aku ni travel awal-awal pagi sebelum subuh.. jauh-jauh lak tu. KL-Tg Malim. kadang-kadang ikut jalan lama. Pernah ikut Ulu Yam tu.. sorang-sorang pulak. Mujur tak pernah hadapi sorang-sorang bila musibah kereta. Petua Mak Uda aku pernah bagi, ialah setiap kali naik je kenderaan, mesti.wajib.baca doa naik kenderaan.

Pengalaman aku sendiri, time tu dah tengah-tengah perjalanan pun, tiba-tiba baru teringat nak baca doa.. Alhamdulillah, kereta kami nyaris je bergesel dengan treller.. (masa ni kami bertiga baru je abiskan diploma, nak bercuti ke Pantai Timur), kami baca kuat-kuat doa tu.. sebab masa tu aku nak mengajar dua lagi kawan cara baca, betul-betul lepas abis doa di baca, treller tu elak kami. Fuh.. seram kalau ingat. Kawan aku, Ila, terus sampai sekarang hafal doa tu..

Banyak lagi kejadian. Contohnya, tiba-tiba hati tu terdetik nak berehat di R & R, sedangkan selalunya perjalanan tu diteruskan saja.. tapi hari tu rasa nak berhenti sekejap. Rupa-rupanya Allah beri ilham tu ada hikmahnya.. berlaku kemalangan maut ditempat laluan aku saban minggu pada jam kebiasaan aku lalu.. sebuah kereta bertembung dengan seekor lembu sesat di tengah highway (rawang; dalam pukul 6.45am).. juga kejadian kemalangan maut sebelum di exit Behrang pada pukul 7am, di mana aku secara kebetulannya menggunakan exit Tg Malim pula hari itu..(kadang-kadang Behrang la aku guna sebagai exit..)

semua tu kejadian yang kebetulan atau memang hikmah.. wallahu'alam. Sama-sama aku nak berkongsi, semoga ada manfaatnya untuk kita semua. InsyaAllah..
 sumber rujukan : dakwah Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan